Friday, July 4, 2008

VVIP worrying about expenses ?

The past few weeks and to exact a few days , seems to be confusing , exciting ,chaos , etc. There seems to be a continuous flow of comments made by VVIP , VIP , IP and the rakyat , postings in the various blogs , newspapapers and MALAYSIA KINI .

My only question here is "What do us common people who cuurently are suffering from sky rocketing prices from almost everything under the sun will benefit from all of these sensational stories about VVIP and former VVIP who are chaueffered driven everywhere and anytime with bodyguards and does not worry about living expenses? "

Saturday, May 17, 2008

Kes 6 Jahanam .

Keputusan Panel Suruhanjaya yang menyiasat video klip VK Linggam nampaknya agak berani apabila mencadangkan 6 VVIP dan VIP ( P tidak semesti bermaksud Persons / Personality ) disiasat kerana peranan mereka yang dikatakan telah menghancurkan kredibiliti Badan Kehakiman Negara .

Persoalan yang timbul di sini , adakah arahan Kabinet supaya Peguam Negara menyiasat keenam-enam P tersebut akan berakhir dengan rumusan " tiada kes terhadap mereka .?".

Apakah Abd Gani Patail akan bertindak dengan jujur untuk membuat keputusan samada untuk bertindak keatas mereka ? Atau adakah Gani akan menjadi P yang ketujuh nanti ?

Tunggu dan lihat !

Thursday, May 8, 2008

Selamat kembali RPK

Selamat kembali Pak Engku .

Jangan lah Pak Engku menyiksakan diri dengan duduk di Penjara Sg Buloh tetapi sasaran diluar berseronok suami isteri memtertawakan kedegilan Pak Engku . Diri yang kerdil ini menyanjungi perjuangan Pak Engku tetapi pada masa yang sama merasa marah melihat suami isteri yang tidak sedarkan diri dan berselindung di belakang undang-undang rimba yang dihiasi dengan perkataan berbunga diatas dasar demokrasi .

Suami isteri yang sekian lama menjadi bongkak dan takbur seolah-olah mereka lah yang memperjuangkan nasib rakyat marhaen tetapi pada hakikatnya beraja dimata bersultan di hati .

Selamat kembali Pak Engku .

Nukilan-nukilan Pak Engku banyak menyedarkan rakyat serta membuang topeng-topeng yang dipakai oleh suami isteri yang kini memperlihatkan wajah mereka yang sebenar iaitu jijik dan berulat .

Saturday, May 3, 2008

UMNO / BN suka makan anggur masam

Menteri Besar Perak mendapat pengalaman yang pahit bila diarahkan oleh Sultan Perak untuk membatalkan perintah penukaran Pengarah JAIP baru-baru ini . Baginda yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara tentu lebih arif tentang undang-undang berkaitan perlantikkan seseorang kakitangan kerajaan dan oleh yang demikian tiada siapa harus mempertikaikan titah perintah baginda tersebut .


Kesilapan MB Perak ini nampaknya diperbesarkan oleh media masa termasuk TV dan akhbar-akhbar milikkan UMNO dan MCA . Pada masa yang sama , isu-isu pemindahan wang BALKIS di Selangor dan BUNGA TANJUNG di Pulau Pinang walaupun ada dipaparkan tetapi secara kecil-kecilan sehingga tidak terasa oleh rakyat bahawa tindakan-tindakan bekas-bekas pemimpin BN di kedua-dua negeri tersebut mengandungi unsur-unsur pecah amanah .

Nampak sangat UMNO dan rakan-rakan sekutunya seperti MCA dan GERAKAN masih tidak merasa puas akibat kekalahan 5 + 1 negeri-negeri didalamPEMILU 2008 . Macam kata pepatah Inggeris , BN dianggap sebagai sour grapes atau anggur masam .

Friday, April 25, 2008

Maafkan kami ! Maafkan kami ! Maaafkaann kamiii !

Akhirnya Ketua Pemuda UMNO yang menghunus keris di Persidangan UMNO tahun lepas mengaku kalah dan meminta maaf kepada parti-parti komponen BN diatas tindakannya itu . Walaupun pada mulanya , anak kepada arwah Tun Hussein Onn tersebut menafikan tindakan beliau merupakan salah satu punca kemerosotan undi BN pada Pilihanraya 2008 tetapi mungkin diatas desakan dalaman UMNO sendiri , beliau mengalah juga .

Persoalan disini adakah dengan meminta maaf setelah hampir dua bulan BN hilang 2/3 majoriti , boleh memulihkan kredibilti BN dimata rakyat ?

Wednesday, April 23, 2008

AL FATIHAH !

Pemergian seorang pejuang rakyat Malaysia yang hingga ke akhir hayatnya masih berjuang . Satu kehilangan besar kepada negara . Seperti senikata dalam lagu arwah Tan Sri P.Ramlee ' Dimana kan ku cari ganti ... Serupa dengan mu ..."

Itulah arwah Pak Rustam Sani.

Sunday, April 20, 2008

Suprise for malaysians

The PM's announcement of turning the ACA into MACM sounds to good to be true after the proposal of setting up a Judicial Commission . Better late than never as Malaysia is fast losing it's ground as a credible nation among investors who feels jittery in investing here as they are not exactly confident whether they could get actually justice through the Malaysian courts . Whatever Pak Lah's reason for making two bold announcement in less than a week , we pray that it will not be just rethorics .