Saturday, May 17, 2008

Kes 6 Jahanam .

Keputusan Panel Suruhanjaya yang menyiasat video klip VK Linggam nampaknya agak berani apabila mencadangkan 6 VVIP dan VIP ( P tidak semesti bermaksud Persons / Personality ) disiasat kerana peranan mereka yang dikatakan telah menghancurkan kredibiliti Badan Kehakiman Negara .

Persoalan yang timbul di sini , adakah arahan Kabinet supaya Peguam Negara menyiasat keenam-enam P tersebut akan berakhir dengan rumusan " tiada kes terhadap mereka .?".

Apakah Abd Gani Patail akan bertindak dengan jujur untuk membuat keputusan samada untuk bertindak keatas mereka ? Atau adakah Gani akan menjadi P yang ketujuh nanti ?

Tunggu dan lihat !

Thursday, May 8, 2008

Selamat kembali RPK

Selamat kembali Pak Engku .

Jangan lah Pak Engku menyiksakan diri dengan duduk di Penjara Sg Buloh tetapi sasaran diluar berseronok suami isteri memtertawakan kedegilan Pak Engku . Diri yang kerdil ini menyanjungi perjuangan Pak Engku tetapi pada masa yang sama merasa marah melihat suami isteri yang tidak sedarkan diri dan berselindung di belakang undang-undang rimba yang dihiasi dengan perkataan berbunga diatas dasar demokrasi .

Suami isteri yang sekian lama menjadi bongkak dan takbur seolah-olah mereka lah yang memperjuangkan nasib rakyat marhaen tetapi pada hakikatnya beraja dimata bersultan di hati .

Selamat kembali Pak Engku .

Nukilan-nukilan Pak Engku banyak menyedarkan rakyat serta membuang topeng-topeng yang dipakai oleh suami isteri yang kini memperlihatkan wajah mereka yang sebenar iaitu jijik dan berulat .

Saturday, May 3, 2008

UMNO / BN suka makan anggur masam

Menteri Besar Perak mendapat pengalaman yang pahit bila diarahkan oleh Sultan Perak untuk membatalkan perintah penukaran Pengarah JAIP baru-baru ini . Baginda yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara tentu lebih arif tentang undang-undang berkaitan perlantikkan seseorang kakitangan kerajaan dan oleh yang demikian tiada siapa harus mempertikaikan titah perintah baginda tersebut .


Kesilapan MB Perak ini nampaknya diperbesarkan oleh media masa termasuk TV dan akhbar-akhbar milikkan UMNO dan MCA . Pada masa yang sama , isu-isu pemindahan wang BALKIS di Selangor dan BUNGA TANJUNG di Pulau Pinang walaupun ada dipaparkan tetapi secara kecil-kecilan sehingga tidak terasa oleh rakyat bahawa tindakan-tindakan bekas-bekas pemimpin BN di kedua-dua negeri tersebut mengandungi unsur-unsur pecah amanah .

Nampak sangat UMNO dan rakan-rakan sekutunya seperti MCA dan GERAKAN masih tidak merasa puas akibat kekalahan 5 + 1 negeri-negeri didalamPEMILU 2008 . Macam kata pepatah Inggeris , BN dianggap sebagai sour grapes atau anggur masam .