Saturday, May 3, 2008

UMNO / BN suka makan anggur masam

Menteri Besar Perak mendapat pengalaman yang pahit bila diarahkan oleh Sultan Perak untuk membatalkan perintah penukaran Pengarah JAIP baru-baru ini . Baginda yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara tentu lebih arif tentang undang-undang berkaitan perlantikkan seseorang kakitangan kerajaan dan oleh yang demikian tiada siapa harus mempertikaikan titah perintah baginda tersebut .


Kesilapan MB Perak ini nampaknya diperbesarkan oleh media masa termasuk TV dan akhbar-akhbar milikkan UMNO dan MCA . Pada masa yang sama , isu-isu pemindahan wang BALKIS di Selangor dan BUNGA TANJUNG di Pulau Pinang walaupun ada dipaparkan tetapi secara kecil-kecilan sehingga tidak terasa oleh rakyat bahawa tindakan-tindakan bekas-bekas pemimpin BN di kedua-dua negeri tersebut mengandungi unsur-unsur pecah amanah .

Nampak sangat UMNO dan rakan-rakan sekutunya seperti MCA dan GERAKAN masih tidak merasa puas akibat kekalahan 5 + 1 negeri-negeri didalamPEMILU 2008 . Macam kata pepatah Inggeris , BN dianggap sebagai sour grapes atau anggur masam .

1 comment:

mr KA said...

Mungkin kesilapan MB Perak ialah tidak merujuk dahulu kepada Sultan Perak sebagai ketua agama ... apa pun warkah mintak maaf akan diberikan kepada Sultan .... Bn akan menyerang kerajaan 5 negeri ini walaupun membuat kesilapan yang kecil .... kelancangan Nazri Aziz komen kata MB Perak tidak pandai perlembangaan... biasalah KM Penang dah kena, MB Selangor dah kena, tinggal kedah sahaja...kelantan dah biasa dah
Apa pun berlaku kita perkasakan kekuatan supaya kepercayaan rakyat masih kita perolehi ....

Rakan2 Lawatilah Blog saya di
http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen disetiap artikel ....TQ